CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 24, 2013

maulidur rasul

assalamualaikumm... allahuma solli `ala muhammad wa `ala a lihi wasoh bihi ajma`in.

alhmdulillah hari nih kita dpt sambut maulidur rasul.. iaitu hari kelahiran nabi pada subuh 12 rabiul awal bersamaan 20 April 571M atau dikenali sbg tahun gajah iaitu sempena peristiwa tentera bergajah Abrhah yg pernah menyerang kota Ka`bah suatu masa dahulu.

ya..sperti mana yg kita tahu... setiap tahun kita akan berarak sempena maulidur rasul... okelah u guys.. we shud not tau berarak ja, tapi sempena maulud nabi nih ..kita mestilah kenal siapa sebenarnya nabi kita.. kita kena tahu detail and cerita2 nabi muhammad s.a.w utk kita lebih rapat dan cinta kepada nabi...

bukan kenal saje.. tp mestilah ikut ajaran nabi dan melakukan sunnah nabi.. insya allah kita akan jadi umat yg mendapat syaat kelakk..aminnn..

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku . dan sesiapa yg mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (riwayat Al-Sajary drpada Anas)

sebelum saya pergi lebih jauh dlm bercerita, kita kena tahu biodata
sebenar nabi.. harap ini dpt memberi info kepada umat islam atau who just embrace islam..

Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim
Tempat Lahir : Di rumah Abu Mutalib di Mekah al Mukarramah
Nama Ibu : aminah binti wahab bin abu manaf

kalau nak tahu lebih details.. bleyh la refer this site http://mannster.wordpress.com/2008/06/02/biodata-nabi-muhammad-saw/.


okey... saya nk kongsi ngn u guyss sunnah2 nabi yg ada dlm pengetahuan saya...

1. makan dengan beradab - mggunakan tangan kanan dan makan o minum smbil duduk.
2. mengambil wuduk 3kali setiap anggota.
3. membaca surah al kahfi setiap jumaat
4. memakai jubah serba putih pada sembahyang jumaat
5.memakai wangi wangian sebelum tidur.
6.membaca surah al ikhlas, an nas dan al falaq sebelum tidur.
7. makan menggunakan 3 jari. berhenti sebelum kenyang.
8.murah senyuman. tertawa hanya dengan senyuman.
9.rasulullah saw menjaga solat dhuha kerana kunci rezeki
10. bersedekah.
11. tidur mengiring ke kanan.( ini kerana jantung kita letak belah kiri dan memboleh kan kita bernafas dgn baik).

 subhanallah.... bende mudah je kot kita leyh ikut ajaran nabi.. dan mendapat pahala.. asalkan kita buat dgn ikhlas dan x menunjuk2...banyak lagi sebenarnya sunnah nabi.. tapi yg nih je saya dpt ingat...

baba selalu pesan... selawatlah kepada nabi banyak2.. kerana malaikat akan selawat 10x ganda kepada kita.....selawat ke atas nabi juga sgt bnyak kebaikannya antaranya supaya kita sentiasa ingat kepada nabi dan kita juga akan mendapat syafaat dri nabi pada hari pertimbangan atau padang mahsyar nnti.. insya allah......

same2lah kita menjadi umat nabi muhammad s.a.w yg beriman dan bertaqwa kepada allah...

insya allah.. next post nnt saya akan post pasal salah satu kisah nabi muhammad saw.

assalamualaikum. =)

0 comments: